Friday, January 23, 2026
HomeBERITAKerja Bangunkan Negara Seronok, Bukan Sebab Duit – Tun M

Kerja Bangunkan Negara Seronok, Bukan Sebab Duit – Tun M

PETALING JAYA – “Bekerja untuk membangunkan negara itu satu kegiatan menyeronokkan. Saya boleh menyumbang sedikit kepada kemajuan negara, jadi saya tak rasa letih dan boleh bekerja siang dan malam.”

Itu pendedahan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengenai komitmen beliau ketika memegang tampuk kepemimpinan negara.

Beliau berkata, khidmat yang diberikan sepanjang memegang tampuk kepemimpinan negara bukan kerana wang tetapi kepuasaan.

“Kepuasan memang ada kalau kita buat sesuatu untuk negara dan capai matlamat.

“Saya (buat) bukan sebab nak dapat duit. Duit saya tak kira, saya kira nak buat sesuatu hingga berjaya,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di Podcast Dr. M di media sosial sempena ulangtahun kelahiran beliau ke 100, hari ini.

Tambah beliau, kerjayanya terdahulu sebagai seorang doktor yang memerlukannya sentiasa bersedia selama 24 jam, dipraktikkan sepenuhnya ketika memegang jawatan sebagai menteri dan Perdana Menteri.

“Masa jadi doktor saya kerja kuat siang dan malam kadang-kadang sampai seminggu, 24 jam sehari. Orang nak beranak pukul 3 pagi tak boleh la beritahu suruh tunggu sekejap, jadi kita kena kerja sepanjang masa.

“Itu jadi amalan yang normal bagi saya apabila saya jadi menteri dan Perdana Menteri. Saya berpendapat sepertimana saya sebagai doktor dulu tak kira siang atau malam, jadi dah jadi menteri dan Perdana Menteri pun, saya buat perkara sama,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital

0
PETALING JAYA – Perkongsian ringkas personaliti media sosial, Khairul Aming di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar dirinya yang...

CATEGORIES