Sunday, June 14, 2026
HomeBERITAKereta Mewah Disimbah Cat Kuning Di Tepi Jalan

Kereta Mewah Disimbah Cat Kuning Di Tepi Jalan

PETALING JAYA – Gara-gara meletakkan kenderaan di bahu jalan, sebuah kenderaan mewah menjadi mangsa vandalisme apabila disimbah cat kuning.

Menerusi satu hantaran di Facebook, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kereta tersebut dilihat diletakkan di bahu jalan di sebuah simpang menyebabkan gangguan kepada pengguna lain.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata netizen mempunyai pelbagai pendapat berhubung kejadian tersebut.

Seorang pengguna dikenali sebagai Abang Becha berkata, setiap pemandu yang tidak mematuhi peraturan atau menyusahkan pengguna lain mesti bersedia menerima akibat daripada perbuatan tersebut.

“Kadang-kadang tindakan begini memang perlu juga. Kalau dah rasa besar sangat sampai undang-undang pun nak dicabar, itulah ‘makannya’. Hidup ini mudah, jangan susahkan orang, itu sahaja,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna berkata, tindakan tersebut mungkin cukup memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan berkenaan supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati.

“Untuk kereta begitu, mungkin terlalu murah untuk mereka membayar denda dan boleh menyelesaikannya dengan lebih cepat. Tetapi dengan cara ini, sekurang-kurangnya dia boleh belajar sesuatu apabila perlu meluangkan sedikit masa dan lebih banyak wang di kedai cat,” kata Mohd Fahmi.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 1,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES