Friday, April 17, 2026
HomeBERITAJumlah Mangsa Banjir Di Johor Dan Kedah Melonjak Naik Pagi Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Dan Kedah Melonjak Naik Pagi Ini

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Johor kembali meningkat, pagi ini manakala keadaan di Selangor dan Melaka bertambah baik, setakat 8 pagi.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 439 orang berbanding 305 orang malam tadi dan ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tiga di daerah Kubang Pasu dan satu lagi di Pendang.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, jumlah mangsa tertinggi adalah di Kubang Pasu iaitu 252 orang diikuti Pendang 187.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) meramalkan ribut petir menyeluruh akan berlaku sepanjang hari ini di Kedah.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, seramai 601 mangsa banjir di daerah Kluang, Pontian dan Batu Pahat masih berlindung di tiga PPS, meningkat berbanding 582 orang, malam tadi.

Menurutnya, keadaan cuaca diramalkan cerah bagi kesemua 10 daerah, namun Sungai Sembrong di Batu 2 Sembrong, Batu Pahat berada pada paras amaran.

Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan mangsa banjir pagi ini berkurang kepada 297 orang berbanding 298 mangsa malam tadi dan semuanya ditempatkan di empat PPS iaitu dua di daerah Kerian, manakala masing-masing satu di Taiping dan Hilir Perak.

MetMalaysia meramalkan kesemua daerah di Perak mengalami ribut pada petang ini.

Di SELANGOR, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Gombak dan Kuala Selangor pagi ini berkurang kepada 173 orang berbanding 186 malam tadi dan kesemuanya ditempatkan di tiga PPS.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir juga berkurangan kepada 22 orang berbanding 23 orang semalam dan Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Parit Lampong dan Kampung Tanjong Laboh ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Global Sumud Flotilla 2.0 Aktifkan ‘Live Tracker

0
PETALING JAYA – Pergerakan Global Sumud Flotilla yang kini dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengumumkan sistem penjejak masa nyata (live tracker) mereka...

CATEGORIES