Thursday, June 4, 2026
HomeBERITAHelikopter Terhempas, 4 Maut Termasuk Askar Amerika

Helikopter Terhempas, 4 Maut Termasuk Askar Amerika

MANILA – Seorang askar Amerika Syarikat (AS) dan tiga kontraktor pertahanan terbunuh selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Filipina semalam, lapor portal berita Fox News.

Pusat Printah Indo-Pasifik AS berkata, helikopter kontrak Jabatan Pertahanan Amerika itu terhempas di wilayah selatan, Maguindanao del Sur.

Helikopter itu digunakan untuk memberi sokongan risikan, pengawasan dan tinjauan atas permintaan Filipina.

“Insiden itu berlaku semasa misi rutin menyokong aktiviti kerjasama keselamatan AS dengan Filipina.

“Kami boleh mengesahkan tiada mangsa yang terselamat.

“Terdapat orang di dalamnya termasuk seorang anggota perkhidmatan tentera AS dan tiga kontraktor pertahanan,” kata pusat pemerintah itu dalam satu kenyataan kepada Fox News.

Pegawai tempatan, Windy Beaty berkata, penduduk melihat asap keluar dari helikopter dan mendengar letupan sebelum pesawat itu jatuh kira-kira 0.8 kilometer dari sebuah rumah ladang.

Punca nahas helikopter Beechcraft King Air 350  itu masih disiasat.

Seekor kerbau di darat juga mati akibat nahas pesawat itu, katanya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

250 Rumah Hangus, Ratusan Penduduk Sehelai Sepinggang di Jakarta

0
JAKARTA – Sekurang-kurangnya tiga orang cedera, manakala beratus-ratus keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran besar di sebuah kawasan perumahan padat dengan penduduk di Jakarta...

CATEGORIES