Saturday, June 6, 2026
HomeBERITAGlobal Sumud Flotilla 2.0 Aktifkan ‘Live Tracker

Global Sumud Flotilla 2.0 Aktifkan ‘Live Tracker

PETALING JAYA – Pergerakan Global Sumud Flotilla yang kini dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengumumkan sistem penjejak masa nyata (live tracker) mereka telah diaktifkan bagi membolehkan orang awam memantau pergerakan misi tersebut.

Menurut hantaran di laman sosial Sumud Nusantara Official, kemudahan itu dibangunkan hasil kerjasama dengan agensi penyelidikan Forensic Architecture yang terkenal dengan kepakaran dalam analisis forensik digital dan pemetaan konflik.

Jelasnya, teknologi tersebut membolehkan perjalanan bot-bot misi dipantau secara langsung sekali gus meningkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti kepada orang ramai di seluruh dunia.

“Dalam situasi yang menuntut ketelusan dan akauntabiliti, live tracker ini bukan sahaja berfungsi sebagai medium penglibatan awam, malah menjadi langkah perlindungan penting kepada para peserta di laut,” katanya.

Tambahnya, misi tersebut bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa selain mencabar sekatan yang dikenakan ke atas Gaza, dengan sokongan dan perhatian global dilihat sebagai faktor kritikal.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kelibat Kaka Azraff Di Mahkamah Cetus Spekulasi, Cerai kKali Kedua?

0
PETALING JAYA: Penyanyi, Kaka Azraf, dikatakan sudah bercerai kali kedua bersama suaminya, Adam Azriff, semalam. Kaka atau Nor Atiqa binti Noor Azraff, 37, dilihat hadir...

CATEGORIES