Monday, October 12, 2026
HomeBERITAElak Jadi Mangsa Penipuan, Jangan Beli Ticket Daripada Ulat Ticket - Fuziah

Elak Jadi Mangsa Penipuan, Jangan Beli Ticket Daripada Ulat Ticket – Fuziah

KUALA LUMPUR – Pengguna khususnya peminat acara sukan dan hiburan, termasuk Formula 1 Sepang 2026, dinasihatkan supaya tidak membeli tiket daripada ulat tiket bagi mengelakkan penipuan serta harga jualan yang melampau.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata pembelian tiket daripada penjual tidak rasmi boleh mendatangkan pelbagai risiko termasuk menerima tiket palsu, tiket sudah digunakan atau dibatalkan penganjur.

Beliau berkata, kegiatan ulat tiket berlaku apabila pihak tertentu memborong tiket untuk dijual semula pada harga jauh lebih tinggi bagi mengaut keuntungan daripada keterujaan peminat.

“Pernah tak tiket konsert atau acara sukan yang baru saja dibuka untuk jualan, tetapi dalam beberapa minit sudah habis?

“Tidak lama kemudian, tiket sama muncul di media sosial dengan harga berkali ganda lebih mahal,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Fuziah berkata, ada pihak memborong tiket, termasuk menggunakan bot automatik, sebelum menjualnya semula pada harga lebih tinggi.

Susulan itu, beliau berkata, pengguna kini perlu lebih berhati-hati ketika membeli tiket Formula 1 Sepang 2026 yang bakal berlangsung bulan depan.

“Kita menasihatkan orang ramai sebelum membuat bayaran, semak saluran jualan rasmi, harga asal, identiti penjual dan syarat penggunaan tiket,” katanya.

Fuziah turut mengingatkan pengguna tidak mudah percaya kepada tangkap layar atau terpengaruh dengan desakan penjual yang meminta bayaran segera sebelum tiket didakwa dibeli pihak lain.

Beliau berkata, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bersama agensi berkaitan, sedang meneliti undang-undang khusus bagi menangani kegiatan ulat tiket.

Bagaimanapun, katanya, kesedaran pengguna kekal sebagai benteng pertama untuk membendung kegiatan ulat tiket.

“Selagi ada yang sanggup membeli, selagi itulah isu ulat tiket terus berlaku.

“Gunakan kuasa anda sebagai pengguna. Jangan beli daripada ulat tiket, jangan tunduk kepada harga melampau dan jangan biarkan keterujaan menyebabkan diri menjadi mangsa,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Man City Akan Terus Bersatu Hadapi Cabaran – Erling Haaland

0
LIVERPOOL – Penyerang Manchester City, Erling Haaland menegaskan skuadnya akan terus bersatu selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Liverpool yang beraksi dengan 10 pemain,...

CATEGORIES