Saturday, July 25, 2026
HomeBERITABanjir: Tiada Tempat Untuk Berehat, Lima Beranak Terpaksa Tidur Dalam Kereta

Banjir: Tiada Tempat Untuk Berehat, Lima Beranak Terpaksa Tidur Dalam Kereta

Rantau Panjang: Lima beranak terpaksa berhimpit untuk tidur di dalam kereta selepas kediaman mereka di Kampung Gual Periok, di sini, dilanda banjir, sejak malam tadi.

Roslan Deraman, 43, berkata, dia dan isteri, Suhaida Mustafa, 39, mengambil keputusan bermalam di dalam kereta selepas kediaman dimasuki air separas 0.7 meter, manakala tingkat atas rumah dipenuhi barangan yang diangkat ke situ, bagi mengelak ia ditenggelami banjir.

Katanya, dia tidak menyangka air boleh naik setinggi itu dan secara mendadak menyebabkan mereka tidak sempat pergi di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Saya dan isteri hanya ‘tidur-tidur ayam’ sambil memantau keadaan tiga anak berusia tiga hingga 15 tahun dan dalam masa sama, dalam kebimbangan jika kawasan parkir kereta ini juga dinaiki air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES