Thursday, April 30, 2026
HomeLUAR NEGARALelaki Tahan Bersin Sehingga Saluran Pernafasan Pecah

Lelaki Tahan Bersin Sehingga Saluran Pernafasan Pecah

BANGKOK –  Saluran pernafasan atau tenggorok seorang lelaki di Thailand dilaporkan pecah setelah dia menahan diri daripada bersin, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian pertama seumpamanya di dunia itu didedahkan oleh pakar perubatan forensik Universiti Srinakharinwirot, Dr. Veerachai Jarusachaisri.

Pesakit dilaporkan hendak bersin ketika dia memandu. Daripada membiarkan perkara itu berlaku, dia sebaliknya menahan diri dengan menutup hidung dan mulutnya.

Tindakan itu mengakibatkan tekanan pada saluran pernafasannya meningkat 20 kali ganda berbanding biasa lantas menyebabkan saluran pernafasannya pecah.

Selepas dirujuk kepada jabatan kecemasan akibat sakit leher dan bengkak teruk, pesakit berkenaan didapati tidak mempunyai masalah pernafasan, menelan atau bercakap.

Imbasan tomografi (CT) memaparkan kesan luka bersaiz 2×2 milimeter pada saluran pernafasannya disebabkan oleh peningkatan tekanan secara pesat.

Doktor membuat kesimpulan bahawa lelaki itu tidak memerlukan pembedahan. Sebaliknya, dia dipantau selama dua hari untuk memastikan tahap oksigennya kekal stabil.

Laporan susulan selepas lima minggu kemudian menunjukkan bahawa luka itu telah sembuh dengan baik, seperti yang didedahkan dalam imbasan CT.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Mahu Ibu Mentua Baik, Layan Saya Macam Anak Sendiri’

0
PETALING JAYA – Pempengaruh Mekyun mendedahkan antara impan terbesar dalam hidupnya adalah dikurniakan ibu mentua yang baik. Menurut Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee,...

CATEGORIES