Friday, June 12, 2026
HomeHIBURAN‘Apapun, Abang Syed Saddiq Okey Je, Tenang Ya Semua’ - Didi Astillah

‘Apapun, Abang Syed Saddiq Okey Je, Tenang Ya Semua’ – Didi Astillah

PETALING JAYA – Cukup dikenali sebagai individu yang lantang terutama dalam isu mempertahankan keluarganya, penyanyi Didi Astillah memohon maaf secara terbuka sekiranya tindakannya untuk melakukan ‘prank’ atau kejutan pada majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Siti Zarina Astillah di sebuah restoran.

Menurut Didi, 29, dia menerima setiap teguran orang ramai selain memberitahu itu bukan kali pertama dia melakukan ‘prank’.

“Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing serta kepada yang tidak tahu, ini bukanlah kali pertama saya melakukannya.

“Mungkin pengikut yang sudah lama mengikuti pernah nampak saya melakukannya seperti ini.

“Ada juga saya kongsi tetapi mungkin dulu kurang dapat perhatian, sebab itu tidak dipersoalkan pun. Maaf ya kalau ada pihak yang tidak selesa dan kurang senang,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tambah adik kepada pelakon Bella Astillah itu, sambutan tersebut diadakan di dalam sebuah bilik persendirian yang sudah ditempah.

Dia juga memberitahu individu yang berlakon untuk berbalah dengannya juga merupakan seorang pelakon dan bukannya kakitangan restoran tersebut.

“Untuk pengetahuan kalian, kami sudah menempah bilik tertutup tersebut dan ada individu yang berkongsi (muat naik video ‘prank’ dalam media sosial) tanpa bertanya tetapi mereka sudah pun meminta maaf.

“Jadi, marilah ‘move on’ dan jalani kehidupan kita. Terima kasih kepada pelakon yang bawa air itu, susah nak nampak ‘real’ sebab dia bukan pekerja di situ,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia menegaskan bakal abang iparnya yang juga Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq berada dalam keadaan baik selepas kejutan tersebut.

“Apa pun, abang Syed Saddiq okey saja. Tenang ya semua. Janganlah kait-kaitkan keluarga, setiap keluarga berbeza caranya,” katanya lagi.

Sejak semalam, tular video memaparkan Didi mengamuk di sebuah restoran dan berbalah dengan seorang pekerja namun semua itu hanyalah ‘prank’ sempena majlis hari jadi ibunya.

Bagaimanapun, tindakannya membuat ‘prank’ meraih pelbagai respons yang rata-ratanya kurang bersetuju dan mengecam kerana mendakwa tidak lagi relevan dan kurang bersesuaian dengan imej Bella yang bakal mengahwini seorang wakil rakyat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fasha Sandha, Jemyma Tolak TTMM2, Jejai Tak Izinkan

0
SHAH ALAM – Pelakon terkenal Fasha Sandha mendedahkan dia pernah diundang untuk menyertai rancangan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bersama anak perempuannya,...

CATEGORIES