Monday, May 25, 2026
HomeLUAR NEGARARakyat Malaysia Terkorban Dalam Tragedi Bangunan Runtuh Di Filipina

Rakyat Malaysia Terkorban Dalam Tragedi Bangunan Runtuh Di Filipina

MANILA – Seorang rakyat Malaysia terkorban dalam satu kejadian runtuhan sebuah hotel setelah sebuah bangunan berdekatan dengannya yang sedang dalam pembinaan runtuh.

Kejadian berlaku di Angeles City, yang terletak 80 kilometer utara ibu negara Manila itu telah mengorbankan Mohd Rezal Abdullah berusia 65 tahun yang berasal dari Sabah, Malaysia.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat kesuntukan masa  untuk membebaskan dua pekerja yang tersepit di bawah runtuhan banguan.

Usaha mencari mangsa yang terselamat diteruskan sehingga malam, dengan anggota bomba menyuluh cahaya kecil ke dalam runtuhan mencari tanda-tanda kehidupan.

Seramai dua puluh enam orang telah diselamatkan setakat ini selepas bangunan sembilan tingkat itu runtuh di Angeles City, yang terletak 80 kilometer utara ibu negara Manila.

Pemangku Ketua Bomba Filipina, Rico Kwan Tiu berkata, mangsa yang berasal dari Sabah, Malaysia  sempat berkomunikasi dengan pasukan penyelamat melalui telefon ketika terhimpit di bawah dinding hotel sejurus selepas kejadian runtuhan pada 3:00 pagi (waktu tempatan).

“Malangnya, apabila kami mengeluarkannya, dia sudah tidak bernyawa.

“Kami juga sedang cuba menyelamatkan dua pekerja, mereka sedar tetapi terhimpit di bawah,” katanya.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Dan Bekas Suami Sudah Lama Saling Memaafkan – Norreen Iman

0
KUALA LUMPUR: Pelakon Norreen Iman mendedahkan dia dan bekas suaminya, Mohd Razzi Abd Razak sudah lama saling memaafkan sebelum perceraian mereka disahkan di mahkamah...

CATEGORIES