PETALING JAYA – Tonggak Kuching City, Safawi Rasid terpaksa meninggalkan kem latihan skuad Harimau Malaya di China disebabkan urusan keluarga.
Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, Safawi pulang ke tanah air, hari ini selepas pemain itu memaklumkan kepadanya mengenai masalah yang dihadapi.
“Pihak pengurusan pasukan kebangsaan memahami situasi yang dihadapi Safawi dan kami menghormati keputusan beliau untuk pulang ke Malaysia atas sebab urusan keluarga,” katanya.
Skuad Harimau kini dalam persiapan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang China, Sabtu ini dan bertemu Yemen, Selasa ini, kedua-duanya di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong.
Skuad kali ini sudah pun tanpa beberapa tonggak penting khususnya daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.
Sumber – KOSMO! ONLINE





