Thursday, November 12, 2026
HomeBERITA‘Jangan Ambil Mudah Sebarang Amaran Cuaca Dan Banjir’ – Sultan Pahang

‘Jangan Ambil Mudah Sebarang Amaran Cuaca Dan Banjir’ – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak mengambil mudah sebarang amaran cuaca dan banjir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Titah baginda, rakyat Pahang perlu peka dengan amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), selain sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi kerajaan.

Pada masa sama, baginda juga menggesa seluruh agensi pengurusan bencana, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga serta mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Rakyat hendaklah sentiasa mengutamakan semangat kebersamaan, saling membantu dan prihatin terhadap golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak serta mereka yang memerlukan bantuan, khususnya ketika menghadapi situasi kecemasan.

“Segala langkah persediaan dan tindakan awal yang dilaksanakan dapat membantu mengurangkan risiko serta kesan bencana, sekali gus memastikan keselamatan seluruh rakyat Negeri Pahang sepanjang musim tengkujuh ini,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat di negeri itu, khususnya penduduk di kawasan yang berisiko dilanda banjir supaya sentiasa berwaspada sepanjang menghadapi musim tengkujuh.

Selain itu, titah baginda, rakyat juga diminta mematuhi segala nasihat serta arahan yang dikeluarkan kerajaan dan agensi berkaitan untuk keselamatan.

“Aspek keselamatan diri dan keluarga hendaklah sentiasa menjadi keutamaan terutama ketika berdepan keadaan cuaca tidak menentu serta risiko hujan berterusan yang boleh mengakibatkan banjir dan bencana alam lain,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menggesa penduduk di kawasan rendah dan berhampiran lembangan sungai supaya mengambil langkah persediaan awal, termasuk mengamankan dokumen penting, memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat serta bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih 16,000 Peranti Percuma Diagih Kepada 257 Sekolah Antara 2022 Hingga...

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak 16,230 peranti pendidikan digital percuma, merangkumi komputer riba, Chromebook dan tablet, diagihkan kepada 257 sekolah di seluruh negara menerusi 133...

CATEGORIES