Monday, September 21, 2026
HomeHIBURANWings Berangkat Tunai Umrah, Peminat Doakan Perjalanan Dipermudahkan

Wings Berangkat Tunai Umrah, Peminat Doakan Perjalanan Dipermudahkan

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Wings berangkat menunaikan ibadat umrah ke Tanah Suci Makkah, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi melalui hantaran Facebook (FB) rasmi, Sayap-Sayap Wings yang antara lain memaparkan foto anggota Wings berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

“Selamat menunaikan ibadat umrah buat Wings. Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap ibadat diterima dan perjalanan ini dilimpahi rahmat serta keberkatan-Nya.

“Semoga pergi sebagai tetamu-Nya, pulang membawa umrah yang mabrur, hati yang lebih tenang dan jiwa yang penuh keberkatan.

“Selamat pergi dan selamat kembali, Wings,” kata hantaran itu.

Meninjau ruangan komen, kebanyakan peminat Wings mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anggota band ikonik itu sepanjang berada di Tanah Suci.

“Alhamdulillah, semoga dikurniakan kesihatan, diberi kekuatan serta dapat melaksanakan ibadat umrah,” ujar wargamaya.

Selain Datuk Awie sebagai vokalis, kumpulan Wings dibarisi oleh Edrie Hashim dan Sham, termasuk dua anggota baru, Ilham (bass) dan Pae (dram).

Pada 12 September lalu, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 58, menjayakan konsert solo, Awie Rock King – Last Man Standing di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, disaksikan lebih 20,000 peminat.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rizky Febian Bakal Temui Peminat Malaysia November Ini!

0
KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2026 – Selepas beberapa kali menemui peminat di Kuala Lumpur, penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali...

CATEGORIES