Sunday, June 21, 2026
HomeHIBURAN‘Mahu Ibu Mentua Baik, Layan Saya Macam Anak Sendiri'

‘Mahu Ibu Mentua Baik, Layan Saya Macam Anak Sendiri’

PETALING JAYA – Pempengaruh Mekyun mendedahkan antara impan terbesar dalam hidupnya adalah dikurniakan ibu mentua yang baik.

Menurut Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 29, dia sering memanjatkan doa bakal ibu mentuanya nanti melayannya seperti anak kandung.

“Kalian tahu tak, salah satu impian saya dalam hidup adalah dikurniakan ibu mentua yang baik dan penyayang.

“Saya selalu berdoa supaya bakal ibu mentua saya nanti rapat dengan saya dan layan saya macam anak sendiri,” katanya dalam Threads.

Tambahnya lagi, keinginan tersebut timbul selepas membayangkan ibu mentua sebagai tempat untuk menumpang kasih sekiranya ibu kandungnya sudah tiada satu hari nanti.

“Jauh dalam hati, saya selalu terfikir kalau satu hari nanti Mok (ibu) sudah tiada dalam dunia ini, dia (ibu mentua) akan jadi salah seorang yang saya boleh sandarkan rasa.

“Tempat saya masih boleh rasa kasih sayang seorang ibu,” ujarnya lagi.

Susulan perkongsian itu, ramai membanjiri hantaran Mekyun dengan doa dan kata-kata positif mengharapkan impiannya menjadi kenyataan.

“Jangan risau Mekyun, dulu saya pun selalu doa macam awak minta. Alhamdulillah rezeki dapat ibu mentua baik, layan kita macam anak sendiri,” kata netizen.

“Saya aminkan doa Mekyun. Semoga yang baik-baik untuk awak,” ujar peminat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kapal Tangki Belayar Bebas Di Selat Hormuz

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) menarik balik sekatan ke atas pelabuhan Iran semalam, menyaksikan kapal-kapal  tangki mula bergerak bebas melalui Selat Hormuz setelah berbulan-bulan tidak...

CATEGORIES