Thursday, September 10, 2026
HomeHIBURANTerkesan Dengan Apa Yang Dilalui Bapa, Bella Hadid Berdendam Dengan Israel

Terkesan Dengan Apa Yang Dilalui Bapa, Bella Hadid Berdendam Dengan Israel

MODEL terkenal Bella Hadid menyimpan rasa dendam terhadap kekejaman Israel gara-gara satu peristiwa penting yang berlaku membabitkan keluarganya.

Ujar model berketurunan Palestin itu, keluarganya pernah dihalau dari tanah air sendiri ketika peristiwa Nakba sekitar 1948, lapor Kosmo.

Dalam peristiwa tersebut, bapanya yang masih kecil telah dihalau tentera Israel bersama keluarganya keluar dari wilayah Nazareth.

“Bapa saya masih bayi ketika itu. Dia sudah terpaksa merempat bersama datuk dan nenek saya selepas dihalau keluar oleh kekejaman tentera Zionis.

“Mereka terpaksa meninggalkan tanah air sendiri gara-gara kekejaman pihak Zionis,” ujarnya.

Mengenangkan kejadian itu, Hadid menyimpan kebencian terhadap Israel yang menyebabkan keluarganya terpaksa meninggalkan negara sendiri.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bayaran Haji Jemaah B40 Kekal RM15,000 Musim 1S448H/2027M

0
KUALA LUMPUR - Kadar bayaran haji bagi jemaah Muassasah daripada golongan berpendapatan rendah (B40) kekal sebanyak RM15,000 seorang untuk musim 1448H/2027M. Kadar itu dikekalkan dengan...

CATEGORIES