Sunday, June 14, 2026
HomeHIBURANTerkesan Dengan Apa Yang Dilalui Bapa, Bella Hadid Berdendam Dengan Israel

Terkesan Dengan Apa Yang Dilalui Bapa, Bella Hadid Berdendam Dengan Israel

MODEL terkenal Bella Hadid menyimpan rasa dendam terhadap kekejaman Israel gara-gara satu peristiwa penting yang berlaku membabitkan keluarganya.

Ujar model berketurunan Palestin itu, keluarganya pernah dihalau dari tanah air sendiri ketika peristiwa Nakba sekitar 1948, lapor Kosmo.

Dalam peristiwa tersebut, bapanya yang masih kecil telah dihalau tentera Israel bersama keluarganya keluar dari wilayah Nazareth.

“Bapa saya masih bayi ketika itu. Dia sudah terpaksa merempat bersama datuk dan nenek saya selepas dihalau keluar oleh kekejaman tentera Zionis.

“Mereka terpaksa meninggalkan tanah air sendiri gara-gara kekejaman pihak Zionis,” ujarnya.

Mengenangkan kejadian itu, Hadid menyimpan kebencian terhadap Israel yang menyebabkan keluarganya terpaksa meninggalkan negara sendiri.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES