Wednesday, February 11, 2026
HomeVIRALSajad Menari Seksi Melampau Di Australia, Netizen Berasa Jelik

Sajad Menari Seksi Melampau Di Australia, Netizen Berasa Jelik

PETALING JAYA – Gara-gara berkongsi video menari seksi melampau di sebuah pusat hiburan di Sydney, akaun X usahawan, Sajat diserang netizen yang rata-rata berasa jelik melihat kelakuannya.

Bergaya separuh bogel hanya menutup bahagian dada dan punggung, Sajat atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bergelek tak ingat dunia depan khalayak ramai di kelab tersebut.

“Berbanggalah dengan diri sendiri,” tulisnya dalam kapsyen berserta tanda pagar pondan cantik dan transpuan.

Melalui tinjauan Kosmo, ramai yang kurang senang dengan perbuatan pensohor media sosial itu kerana sebelum ini dia pernah menangis mengenang nasibnya di Australia.

“Sajat, dulu awak cakap dah mula solat saya ingat awak akan insaf. Rupanya masih lagi sama,” kata netizen.

“Dalam TikTok berair mata sampai orang percaya sudah insaf tetapi di X bangga jadi pondan,” sindir pengikut lain.

“Jangan minta kami ajar awak buat kuih. Belajar sendiri,” ujar netizen yang kecewa dengan tindakan ahli perniagaan itu.

Dalam pada itu, anak jati Perak itu dilihat aktif membalas komen netizen yang mengecamnya.

“Saya tidak menari pun akan tetap memondan. Sekarang ini awak sakit matakah tengok saya menari atas meja?”

“Berhenti buli saya selagi tidak mengganggu orang lain.

“Saya cuma kongsi apa yang saya mahu. Kenapa kamu semua suka menghakimi saya?,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terima Kasih Sebab Jadi Ibu Tiri Yang Tak Kedekut’ – Thalita

0
PETALING JAYA – Penyanyi meningkat naik Thalita bersyukur apabila dikurniakan seorang ibu tiri iaitu Watie Hanifiah yang menjaganya seperti anak kandungnya sendiri. Menurut Thalita atau...

CATEGORIES