Thursday, June 25, 2026
HomeSUKANSentuhan Magis Safawi Hidupkan Semangat KL City

Sentuhan Magis Safawi Hidupkan Semangat KL City

KUALITI yang dijelmakan oleh Safawi Rasid menghadirkan kelegaan buat pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Risto Vidakovic selepas kehilangan khidmat Manuel Hidalgo yang kembali ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin, Safawi muncul pencetus kemenangan 3-1 ke atas PDRM FC dan kini Vidakovic mengakui mempunyai ruang untuk membiasakan pasukan tanpa kehadiran Hidalgo.

“Hidalgo adalah salah seorang pemain utama untuk pasukan dan banyak serangan kami tertumpu kepadanya. Secara teknikalnya, dia seorang pemain yang bagus ketika satu lawan satu, kuat dan cukup laju.

“Namun, saya fikir Safawi juga melakukan sesuatu yang bagus dan kami gantikannya (Hidalgo) dengan cukup bagus. Kecuali aksi dengan Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), saya fikir kami melakukan tugas mengikut apa yang dirancang,” katanya.

Selain Safawi, dua lagi jaringan The City Boys diperoleh menerusi ketua pasukan, Paulo Josue dan Nicolao Dumitru, manakala gol sagu hati The Cops terhasil menerusi sepakan percuma Kyaw Min Oo.

Vidakovic juga menjelaskan KL City boleh dianggap lulus ujian sepanjang Ogos dan kini tidak boleh berasa selesa untuk mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang empat perlawanan Liga Super.

“Kami lewat memulakan latihan dan ramai pemain belum berada pada tahap 100 peratus.

Kami tidak melakukan persiapan seperti sepatutnya tetapi daripada jumlah mata, saya fikir kami sudah lakukannya dengan baik,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula...

0
PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan...

CATEGORIES