Sunday, May 31, 2026
HomeBERITAKes Zara Qairina: Cari Kebenaran, Keadilan Perlu Ikut Undang-Undang, Bukan Media Sosial

Kes Zara Qairina: Cari Kebenaran, Keadilan Perlu Ikut Undang-Undang, Bukan Media Sosial

PUTRAJAYA – Usaha mencari keadilan buat arwah Zara Qairina Mahathir hanya boleh ditegakkan mengikut lunas undang-undang dan bukannya menerusi laporan yang dikongsi di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau mengakui banyak khabar angin yang tersebar mengenai kematian arwah dan ia tidak akan berhenti.

Beliau berkata, biarpun beliau telah berkongsi laporan siasatan mengenai kes itu di Dewan Rakyat semalam, namun fitnah dan berita palsu akan terus tersebar.

“Walaupun saya bantu sedikit memberikan kenyataan menteri dalam Parlimen, tapi itu bukan bermakna di luar sana hilang fitnah and berita palsu berhenti, tidak tidak sama sekali.

“Dia (rakyat) akan terus memilih mana (fakta dan laporan) yang mereka mahu tegakkan. Nak cari kebenaran dan keadilan semua itu asas yang mempertemukan kita, tiada beza.

“Cuma kita nak tegak kebenaran dan tegak keadilan mesti berasaskan lunas undang-undang. Ia tidak boleh membandingkan kepada siapa cakap apa diluar dan menggunakan platform media sosial, itu tak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat kementerian dan perhimpunan bulanan di sini, hari ini.

Katanya, beliau mengakui bahawa biarpun segala penerangan telah diberikan mengenai kes itu, namun ia sukar mengubah stigma yang ada dalam kalangan masyarakat.

Saifuddin berkata, beliau turut menyelar tindakan segelintir pihak yang menunggang isu itu demi keuntungan politik masing-masing dan menyifatkan ia sebagai keterlaluan.

“Kita tak boleh tunggang dan main politik atas nyawa orang. Tak boleh ya.

“Keluarga ditimpa kesedihan anak tunggal meninggal kita nak tunggang dan nak dapat keuntungan politik atas derita orang lain dan atas nyawa orang lain, too much (keterlaluan),” katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbar pada majlis sama, Saifuddin berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis polis dan Pejabat Peguam Negara bagi tindakan seterusnya.

“Jadi, itu proses yang saya maksudkan bahawa polis bertindak mesti mengikut lunas undang-undang untuk tujuan mencari kebenaran dan keadilan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES