Friday, June 26, 2026
HomeHIBURAN“Anak Menjauh, Jangan Salahkan Orang Lain” – Teguran Rita Rudaini

“Anak Menjauh, Jangan Salahkan Orang Lain” – Teguran Rita Rudaini

KUALA LUMPUR: Perkongsian terbaharu aktres popular, Rita Rudaini, 49, di Instagram Story (IGs) mencuri perhatian apabila menzahirkan luahan berkaitan keputusan anak-anaknya untuk menjauh daripada individu yang tidak dinamakan.

Ibu kepada dua putera, Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14, itu mendakwa hati anak-anaknya seolah-olah sudah tertutup berikutan pengalaman pahit pernah ‘dibiarkan’, suatu ketika dahulu.

“Terkadang, bila anak menjauh, itu bukan kerana hasutan… tetapi kerana kenangan. Jangan cari salah pada orang lain, bila yang paling perlu diperbaiki adalah diri sendiri.

“Bila hati anak sudah tertutup, bukan sebab dijauhkan… tetapi kerana pernah dibiarkan. Usah salahkan angin, kalau sendiri yang longgarkan ikatan,” tulisnya dengan tanda pagar #kifarahisreal.

Dalam entri berbeza, pelakon filem Mami Jarum itu turut mengingatkan individu berkenaan agar tidak menuding jari menyalahkan pihak lain.

“Jika anak memilih untuk menjauh, usah terburu menyalahkan orang lain. Kadang-kadang jarak itu bukan dicipta oleh mulut yang berbicara, tetapi oleh hati yang pernah dikecewakan,” tulisnya.

Rita turut menempelak tindakan individu sama yang didakwa sering memutar belit cerita sehingga memberi gambaran seolah-olah dirinya lebih banyak berkorban.

“Saya yang memikul tanggungjawab dari mereka kecil hingga hari ini, namun, awak mampu berdiri mendakwa seolah semua datang dari usaha awak.

“Cerita mungkin boleh disusun indah di hadapan manusia… tetapi di hadapan Tuhan, kebenaran tidak perlukan suntingan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Burung Memilih Terbang’ – Luahan Aslam Cetus Tanda Tanya

0
PETALING JAYA – Tiga hari selepas perceraian dengan isteri kedua disahkan mahkamah, pempengaruh media sosial, Aslam berkongsi luahan yang seolah-olah menggambarkan situasi dilaluinya ketika...

CATEGORIES