Wednesday, April 29, 2026
HomeBERITALarangan Penjualan Vape di Perlis Bermula Hari Ini, Premis Akan Ditutup Jika...

Larangan Penjualan Vape di Perlis Bermula Hari Ini, Premis Akan Ditutup Jika Masih Beroperasi

KANGAR: Peruncit vape di Perlis yang masih beroperasi walaupun larangan penjualan vape dan rokok elektronik di seluruh negeri berkuat kuasa hari ini, akan dikenakan tindakan penutupan premis serta-merta.

Presiden Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth, berkata pemeriksaan dijalankan semalam mendapati kebanyakan premis sudah menghentikan operasi, dengan notis penutupan dipamerkan di premis masing-masing.

“Kami selesai menjalankan kempen hebahan awam dan kini memasuki fasa penguatkuasaan sepenuhnya.

“Tiada sebarang penangguhan atau permohonan lanjutan akan dilayan. Sekiranya terdapat premis yang masih beroperasi menjual vape, kami akan keluarkan notis penutupan serta-merta.

“Kegagalan mematuhi arahan itu akan menyebabkan premis ditutup secara paksa,” katanya hari ini.

Beliau berkata, operasi penguatkuasaan hari ini dilaksanakan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak polis.

Larangan penjualan vape diumumkan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, pada 14 Mei lalu susulan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Tahun 2022 yang mengisytiharkan penggunaan rokok elektronik sebagai haram.

Pada April lalu, Terengganu turut mengumumkan larangan sama yang turut berkuat kuasa mulai hari ini.

Susulan itu, Perlis dan Terengganu menyertai Johor serta Kelantan sebagai negeri yang mengharamkan penjualan produk vape dan rokok elektronik.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Aliff Syukri Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Kadir Sheikh Fadzir

0
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman diperintah membayar RM250,000 kepada veteran politik, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung fitnah...

CATEGORIES