Tuesday, July 21, 2026
HomeBERITAMaxis Sudah Kenal Pasti Individu Dedah Maklumat Akaun Khairul Aming

Maxis Sudah Kenal Pasti Individu Dedah Maklumat Akaun Khairul Aming

PETALING JAYA – Maxis telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan tindakan tanpa kebenaran melibatkan butiran akaun seorang pelanggan yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut merupakan insiden terpencil dan tiada petunjuk bahawa pelanggan lain turut terjejas secara lebih meluas.

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.

“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Maxis, tindakan segera sedang diambil terhadap individu yang dikenal pasti, termasuk tindakan undang-undang.

“Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi,” katanya.

Terdahulu, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming menuntut penjelasan daripada syarikat telekomunikasi berkenaan selepas butiran bil telefon peribadinya didakwa diketahui serta didedahkan oleh seorang individu di media sosial.

Seorang pengguna Threads sebelum itu mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil sebanyak RM498, selain mendakwa talian telefon usahawan tersebut disekat kerana bayaran tidak mencukupi.

Individu berkenaan turut mendakwa baki bayaran pendahuluan sebanyak RM2,000 yang dibuat Khairul Aming bagi beberapa bulan tidak mencukupi susulan terdapat pembelian tambahan digital melebihi RM400.

Khairul Aming bagaimanapun menegaskan, jumlah bil tersebut merupakan urusan peribadinya dan mempersoalkan bagaimana individu berkenaan boleh memperoleh serta mendedahkan maklumat itu kepada umum.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sejarah Tercipta! Robot Humanoid Buat Pembedahan,Pertama Di Dunia

0
TEKNOLOGI robot humanoid kini semakin berkembang pesat dan mula memainkan peranan penting dalam bidang perubatan, khususnya bagi membantu doktor menjalankan prosedur pembedahan. Dengan gabungan kemampuan...

CATEGORIES