Friday, October 30, 2026
HomeSUKANSafawi Rasid Tidak Gentar Beraksi Sebagai Penyerang

Safawi Rasid Tidak Gentar Beraksi Sebagai Penyerang

PEMAIN sayap berpengalaman kebangsaan, Safawi Rasid tidak kisah diletakkan di mana-mana posisi dan sedia untuk memberikan yang terbaik bagi membantu Harimau Malaya mencatat keputusan positif.

Pemain berusia 28 tahun itu membuktikan dia merupakan seorang pemain serba boleh apabila menggalas tanggungjawab mengetuai jentera serangan ketika membantu pasukan negara mengikat Cape Verde 1-1 pada aksi persahabatan 29 Mei lalu.

Safawi berkata, dia memberikan sepenuh kepercayaan terhadap ketua jurulatih, Peter Cklamovski untuk menentukan posisi paling sesuai untuk dia beraksi dalam mana-mana perlawanan akan datang.

“Untuk posisi tersebut (penyerang), ia merupakan kali pertama buat saya ketika perlawanan di pentas antarabangsa. Bagi saya, tidak ada sebarang masalah untuk saya bermain di posisi penyerang.

“Jurulatih lebih tahu dengan apa yang saya buat dan tidak buat dalam sesi latihan. Saya hanya ambil tanggungjawab dan buktikan sesuatu, Alhamdulillah kita dapat keputusan yang baik (menentang Cape Verde),” katanya.

Aksi versatil bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu pastinya memberikan lebih pilihan buat Cklamovski menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam yang dijadualkan berlangsung 10 Jun ini.

Sementara itu, Safawi juga tidak gentar dengan spekulasi kehadiran beberapa pemain warisan yang akan menyarung jersi Harimau Malaya kerana menganggap ia sebagai persaingan sihat buat pemain-pemain tempatan.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Diarah Tutup Di Timur Laut

0
GEORGETOWN – Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan oleh warga asing. Tindakan itu menerusi Op Tegas...

CATEGORIES