Tuesday, November 10, 2026
HomeSUKANEPL: Botman Kembali Buru Posisi Utama

EPL: Botman Kembali Buru Posisi Utama

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mengesahkan bahawa pemain pertahanannya yang mengalami kecederaan jangka panjang semakin hampir untuk kembali beraksi semula menjelang pertemuan menentang Aston Villa malam esok.

Sven Botman yang mengalami kecederaan anterior cruciat ligament (ACL) pada Mac lalu kemungkinan berada dalam senarai skuad tersebut pada aksi kali ini selepas turun menyertai aksi bersama pasukan bawah 21 tahun pada minggu lalu.

Botman beraksi dalam tempoh sejam ketika menentang skuad bawah 21 tahun Chelsea ketika The Magpies memenangi aksi dengan 3-2 sekali gus hampir pasti mampu menunaikan impian peminat untuk melihatnya kembali menjadi tonggak penting pasukan itu.

“Dia (Botman) semakin hampir untuk kembali. Saya gembira melihat apa yang dilakukannya sejak beberapa minggu lalu. Dia sudah menjalani beberapa ujian pemeriksaan, menjalani latihan dan terlibat dalam perlawanan.

“Sesi perlawanan berlangsung dengan baik, dia melakukannya dengan baik. Jadi, saya akan memikirkan mengenai peluangnya untuk diturunkan pada perlawanan menentang Villa nanti,” ujarnya.

Kepulangan Botman menyaksikan The Magpies mungkin terpaksa menggugurkan salah satu pemain mereka ketika Fabian Schar dan Dan Burn berjaya mempamerkan aksi yang cukup solid setakat ini apabila hanya bolos sekali dalam tiga aksi terakhir.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Noh Salleh Hargai Pengorbanan Aina Abdul, Anggap Kolaborasi Buka Rezeki Baharu

0
PETALING JAYA – Noh Salleh mengakui kolaborasi bersama Aina Abdul menerusi lagu Sang Penikam 2026 membuka lembaran rezeki baharu dalam kerjaya seninya. Penghargaan itu dizahirkan...

CATEGORIES