Wednesday, June 24, 2026
HomeBERITARibut Petir Dijangka Melanda Utara Tanah Air Esok

Ribut Petir Dijangka Melanda Utara Tanah Air Esok

KUALA LUMPUR – Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia, melalui ramalan cuaca sempena Deepavali 2024, memaklumkan bahawa hujan dan ribut petir dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi, manakala Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan diramal mengalami keadaan yang sama sehingga petang.

Sementara itu, cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak pagi esok diramal cerah sebelum dijangka mengalami hujan dan rebut petir pada sebelah petang sehingga malam.

Cuaca di Kuala Lumpur dan Labuan pagi esok pula diramal cerah.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Pernah Meletakkan Noktah Terhadap Lakonan’ – Lisa Surihani

0
MELIHAT kehidupan figura bernama Datin Lisa Surihani ketika ini, pasti ramai mula beranggapan kerjayanya sebagai pelakon sudah dinoktahkan. Jika skeptikal sebegitu yang ada dalam dalam...

CATEGORIES