Wednesday, April 23, 2025
HomeVIRALWartawan Romania Cuba Tipu Dunia, Meniarap Konon Diserang Hamas

Wartawan Romania Cuba Tipu Dunia, Meniarap Konon Diserang Hamas

PETALING JAYA – Seorang wartawan asing ‘kantoi’ ketika berusaha untuk memburukkan pejuang Hamas dengan membuat laporan dalam keadaan meniarap, kononnya Hamas sedang giat menyerang Israel.

Menerusi video yang dikongsikan di platform X Jalal Misai, jelas memaparkan wartawan berkenaan melaporkan berita dalam keadaan cemas di Israel, tetapi malangnya lakonan itu ‘dirosakkan’ oleh orang awam yang berjalan dan lalu-lalang berbasikal secara santai.

Ia jelas membuktikan, cubaan media asing memburukkan pejuang Hamas di mata dunia, semakin menjadi-jadi, lapor Kosmo.

“Wartawan Romania di Israel memberi laporan dalam keadaan meniarap kerana katanya Hamas sedang giat menyerang Israel.

“Dalam masa sama, kelihatan orang awam berjalan dan berbasikal secara santai berhampirannya,” katanya.

Menurut Kosmo, perkongsian itu mencetuskan rasa lucu orang ramai sekali gus menjadi bahan sindiran pengguna media sosial.

“Hamas punya power serang Israel guna basikal ja, tak payah guna kereta kebal,” komen XXARRA.

“Nak jadi bodoh boleh tapi jangan rakam bagi satu dunia tengok,” selar Maju Saham.

“Pagi-pagi dah nampak kebodohan Zionis ni. Tolong, kami nak tengok lagi!,” perli Im.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank, menyindir cubaan media Israel untuk memfitnah pemimpin Hamas menerusi gambar-gambar yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi platform X, beliau yang berbakat besar dalam bidang suntingan video kesan visual (VFX) berkata, kesan suntingan itu dengan jelas dapat dikesan.

Gambar-gambar yang disunting dan ditularkan itu menunjukkan pemimpin Hamas sedang bersantai dalam suasana mewah ketika rakyat Palestin sedang bergelut dengan peperangan.

Namun gambar-gambar itu dikritik hebat kerana hasil suntingannya sangat teruk dan jelas kelihatan. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amaran Ribut Petir Di Terengganu, Pahang Hingga Tengah Hari

0
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di empat negeri sehingga pukul 1 tengah...

CATEGORIES