Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURANIntan Najuwa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Pilih Nama Imane Laudya

Intan Najuwa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Pilih Nama Imane Laudya

PETALING JAYA – Selamat melahirkan cahaya mata kedua semalam, pelakon Datin Intan Najuwa menamakan puterinya itu Imane Laudya.

Berita gembira tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan kesyukuran atas kelahiran zuriat yang disifatkan sebagai anugerah istimewa.

“Selamat datang ke dunia, anak yang sangat berharga, Imane Laudya,” katanya dalam hantaran beberapa gambar di wad hospital.

Pelakon drama Bunga Hati itu juga tidak ketinggalan berkongsi foto si kecil yang comel.

Menerusi perkongsian lain, Intan juga kini ibu kepada dua anak turut menyampaikan penghargaan terhadap suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.

“Terima kasih daddy (suami) untuk 100 kuntum mawar merah. Awak sentiasa tahu menggembirakan saya,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat serta rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan kesejahteraan ibu dan anak itu.

“Alhamdulillah, tahniah. Tak sabar nak jumpa anak,” ucap pelakon, Datin Elvina Mohamad.

Pada 15 Disember 2024, Intan dikurniakan anak perempuan bernama Imane Lunara yang kini berusia hampir dua tahun.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf juga ahli perniagaan, 42, di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos 2023.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES