Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURAN“Allah Tahu Niat Saya,” - Fazura Sepakat Bina Hubungan Baik Dengan Fattah...

“Allah Tahu Niat Saya,” – Fazura Sepakat Bina Hubungan Baik Dengan Fattah Amin Demi Fatima

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura bersyukur apabila hasratnya untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami yang juga aktor, Fattah Amin mendapat reaksi positif peminat.

Menurut Fazura, segala apa yang dilakukan adalah atas niat yang baik, terutama demi memastikan kebajikan dan masa depan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya terus menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, yang penting sekali Allah tahu niat saya. Kepentingan ketika ini adalah Fatima. Dia pun sudah nak masuk usia enam tahun.

“Jadi, kami sepakat untuk fokus pada Fatima. Itu sahaja,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Gol Dan Gincu itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukan fesyen Zaimi Zulkafli sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW2026) yang berlangsung di KLCC, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fazura turut memaklumkan anaknya, Fatima tidak bersamanya ketika menghadiri acara berkenaan kerana sedang meluangkan masa bersama Fattah.

“Fatima tiada hari ini. Dia bersama bapanya hari ini. Kalau dia datang sekali pun, dia akan enjoy dengan pertunjukkan fesyen ini. Cuma hari ini, saya ada me time,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya, Fazura memaklumkan dirinya kini sibuk menguruskan bisnes, lebih-lebih lagi selepas bersara daripada dunia lakonan drama.

Bagaimanapun, Fazura dikhabarkan bakal terlibat dalam sebuah projek yang kini masih lagi di fasa perbincangan.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES