Wednesday, October 28, 2026
HomeVIRALTular Lembutkan Daging Pakai Paracetamol Sebenarnya Bahaya

Tular Lembutkan Daging Pakai Paracetamol Sebenarnya Bahaya

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang wanita memasukkan ubat paracetamol ke dalam masakan yang didakwa sebagai petua untuk menjadikan daging mudah lembut, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Berdasarkan video tersebut, wanita berkenaan dilihat memasukkan sebiji tablet  paracetamol ke dalam masakan daging yang menurut netizen, cara itu kerap digunakan untuk melembutkan  daging yang dimasak.

Namun, video tersebut mengundang perhatian beberapa pengamal perubatan yang memberi amaran agar orang ramai tidak menirunya.

Menurut seorang pengamal perubatan yang juga pengguna TikTok, Ayman Alatas, tindakan itu  berbahaya kerana paracetamol menjadi toksik apabila terkena haba masakan.

“Apabila masakan dipanaskan, akan berlakunya proses-proses tertentu yang membuatkan paracetamol menghasilkan toksik atau bahan beracun,” kata Ayman.

Tambahnya, tindakan itu juga boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang berbahaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebuh Raya LTU Di Kelantan Dijangka Siap Sepenuhnya 2028

0
KUALA LUMPUR – Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Kelantan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028, melibatkan jajaran sepanjang 107.41 kilometer dari Kuala...

CATEGORIES