Saturday, December 6, 2025
HomeLUAR NEGARAKhidmat Sewa Teman Wanita Dan Teman Lelaki Laku Di Jepun

Khidmat Sewa Teman Wanita Dan Teman Lelaki Laku Di Jepun

TOKYO – Populariti laman-laman web menawarkan khidmat teman wanita dan teman lelaki untuk disewa di Jepun melonjak sejak kebelakangan ini, lapor portal berita MailOnline semalam.

Situasi itu berlaku kerana penduduk Jepun terlalu kuat bekerja dan mempunyai masalah untuk bersosial bersama orang lain.

Tinjauan kerajaan pula mendapati bahawa seramai 1.5 juta penduduk Jepun diklasifikasikan sebagai ‘penyendiri sosial’.

Salah satu laman web menawarkan khidmat teman wanita untuk disewa ialah tokyo.rent-kano.net. Ia menyenaraikan sebilangan peneman untuk disewa pada harga 12,000 yen (RM375) untuk dua jam.

Antara mereka yang pernah mencuba perkhidmatan itu ialah seorang pesohor YouTube, Harry Jagard. Dia membayar 59,608 yen (RM1,865) untuk melakukan aktiviti bersama seorang teman wanita upahan bernama Eri.

“Ia adalah pertemuan paling tidak masuk akal dan mahal sebenarnya  tetapi masih murah daripada kos memiliki teman wanita sebenar,” katanya.

Sementara itu, wanita yang mencari teman lelaki boleh menyewa Takahiro Satonaka melalui laman web rentalkareshi.com dengan bayaran 7,000 yen (RM291) sejam.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Ditipu RM5 Juta Pun Saya Tidak Marah’ – Saiful Apek

0
Pelawak dan pelakon, Saiful Apek, mengakui dirinya tergolong dalam kelompok manusia yang sukar untuk beremosi marah. Malah, dia memilih reda apabila pernah ditipu sehingga kerugian...

CATEGORIES