SHAH ALAM – Maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS menegaskan penelitian terperinci perlu dilakukan sekiranya ingin membatalkan konsert Coldplay Music Of The Spere yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Rabu ini.
Berdasarkan Kosmo, Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram berkata, banyak perkara perlu dinilai semula sekiranya konsert band asal Britain itu mahu dibatalkan seperti yang didesak oleh segelintir pihak.
“Bagi membatalkan konsert tersebut, beberapa elemen perlu dilihat dari pelbagai sudut sebab akan ada banyak perkara yang terlibat.
“Sekarang ini bercakap untuk batalkan konsert ialah mereka melihat dari isu yang mana? Agama, tingkah laku, perniagaan, ekonomi atau sebagainya? Ada banyak.
“Saya tak mahu jawab isu ini kerana banyak elemen yang terlibat dan perlu diteliti. Semua elemen itu ada ‘plus minus’ (kebaikan dan keburukan),” katanya pada sidang akhbar selepas konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (GV10) semalam.
Sementara itu, dia juga berpendapat, individu menyuarakan hasrat untuk konsert itu dibatalkan kebanyakannya adalah golongan yang yang tidak membeli tiket.
“Kalau cakap tentang ekonomi, perlu selidik dari aspek penjualan tiket, tempah hotel dan beli tiket kapal terbang, semua itu melibatkan duit.
“Sebenarnya yang suruh batalkan konsert ialah orang yang tak beli tiket.
“Isu pembelian tiket pula melibatkan banyak perkara seperti penaja, penyanyi, stadium dan banyak lagi, semuanya berkait rapat,” jawabnya ringkas.
Menurut Kosmo, terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah turut menasihatkan supaya konsert Coldplay tidak diteruskan kerana disifat melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di Malaysia.
Sumber: Kosmo
Awsome post and straight to the point. I am not sure if this is truly the best
place to ask but do you guys have any ideea where to hire some professional writers?
Thank you 🙂
I am in fact thankful to the owner of this web page who has shared this enormous
article at at this time.
Saved as a favorite, I really like your website.
After checking out a number of the blog posts on your website, I seriously appreciate your way of blogging. I book-marked it to my bookmark website list and will be checking back soon. Please visit my website too and let me know what you think.