Saturday, September 12, 2026
HomeVIRALIsteri Pertama Pinang Sahabat Baik Jadi Isteri Kedua Suami

Isteri Pertama Pinang Sahabat Baik Jadi Isteri Kedua Suami

MELAKA – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tular di media sosial hari ini mengenai hantaran dimuat naik seorang mutawif yang mendedahkan dirinya berkahwin buat kali kedua hasil perancangan isteri pertamanya.

Menurut Kosmo, hantaran itu dibuat Mohd. Loqman Mohd. Salleh, 38, di akaun Facebook yang memaparkan dirinya dan dua isteri mengenakan busana putih dalam satu majlis di Kampung Kolam Limbongan dekat sini, dua minggu lalu.

Mohd. Loqman ketika dihubungi pemberita berkata, pinangan tersebut telah dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Mastura Zulkifli, 33, untuk bersama-sama berkongsi kebahagiaan berumah tangga.

Ujarnya, dia dan isterinya itu tidak mempunyai sebarang masalah serta telah dikurniakan tiga cahaya mata berusia empat sehingga 11 tahun hasil perkahwinan mereka selama 12 tahun.

“Isteri kedua saya, Norain Mohd. Isa juga berusia 38 tahun dan merupakan sahabat kepada isteri pertama.

“Perkahwinan ini merupakan perancangan isteri pertama dan keizinan daripada sendiri,” katanya.

Berdasarkan Kosmo, mengulas lanjut dia memberitahu, pernikahan itu bukan sahaja meraikan dia dan isteri baharunya tetapi isteri pertama yang membawa niat ingin berkongsi kebahagian bersama-sama.

“Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami, sentiasa bercakap benar dengan isteri dalam apa jua perkara, Insya-Allah akan kekal hingga ke syurga,” ujarnya.

Terdahulu, hantaran dimuat naik Mohd. Loqman turut dihujani ucapan tahniah di atas perkahwinan keduanya dan dikongsi semula lebih 290 pengguna Facebook.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kereta Elektrik Menanti Atlet Karate Jika Tuai Emas Di Sukan Asia

0
GANJARAN lumayan berupa kenderaan elektrik (EV) bernilai lebih RM60,000 bakal menanti atlet karate negara sekiranya mereka berjaya menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia...

CATEGORIES