Wednesday, June 10, 2026
HomeVIRALIbu Tidak Mahu Belikan Burung, Anak Lapor Ibu Ke Polis

Ibu Tidak Mahu Belikan Burung, Anak Lapor Ibu Ke Polis

JAKARTA, Indonesia – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun di Cianjur, Jawa Barat mahu membuat laporan polis terhadap ibunya selepas dia tidak diberi wang untuk membeli burung, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @cibeberupdate, budak bernama Rizam itu merajuk kerana ibunya tidak memberinya wang sebanyak 100,000 rupiah (RM30) untuk membeli burung.

Ketika kejadian, Ketua Polis Cibeber yang mendengar laporan daripada Rizam segera memeluk budak lelaki itu sambil memberi nasihat kepadanya. 

Menurut Kosmo,Rizam kelihatan mendengar kata-kata polis dan akhirnya bersetuju untuk pulang ke rumah bersama ibunya. 

Ibu Rizam, Ani berkata, anaknya tidak berniat melaporkannya kepada polis. Dialah yang membawa anaknya ke balai polis berhampiran rumahnya.

Sumber: Kosmo!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES