Friday, October 16, 2026
HomeVIRALHidang Lauk Macam Sedang Berpiknik Tepi Pantai, Padahal Dalam 'Mall'

Hidang Lauk Macam Sedang Berpiknik Tepi Pantai, Padahal Dalam ‘Mall’

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan wanita ‘berpiknik’ di dalam sebuah pusat beli-belah dengan makan beramai-ramai daripada bekal yang dibawa dari rumah.

Laman berita Tribunnews hari ini melaporkan, kejadian berlaku di Tangcity Mall, Tangerang semalam.

Kumpulan wanita itu dirakam sedang duduk di atas tikar sambil menikmati makanan yang dibawa dari rumah seperti sedang berpiknik di tepi pantai.

Mereka duduk di tepi tangga pusat beli-belah tersebut.

“Tular rombongan wanita leka makan dan membawa pelbagai lauk-pauk, duduk di bawah tangga Tangacity Mall Tangerang,” demikian menurut keterangan video yang dimuat naik di platform TikTok.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Melakukan sesuatu yang bukan pada tempatnya adalah tidak elok. Semudah itu,” kata seorang netizen.

“Sedap mereka makan. Tidak berada di bawah panas atau hujan,” kata netizen lain.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Penuntut Universiti Didakwa Tikam Bekas Teman Wanita, Adik Mangsa Hingga Parah

0
KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swasta warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan...

CATEGORIES