Thursday, March 12, 2026
HomeVIRALBosan Di Rumah, 'Uncle Grab' Bawa Penumpang Naik Mercedes Benz C200

Bosan Di Rumah, ‘Uncle Grab’ Bawa Penumpang Naik Mercedes Benz C200

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina mengakui membuat kerja sambilan tersebut adalah kerana dia bosan berada di rumah dan mahu bersiar-siar melihat suasana luar.

Menurut Kosmo, lebih menarik perhatian ramai apabila kenderaan yang digunakan adalah kategori mewah iaitu jenis Mercedes Benz C200.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @megat_suprax baru-baru ini, dia sempat bersembang dengan lelaki tersebut yang lebih mesra disapa ‘uncle Grab’ bertanya tentang alasannya bekerja sebagai pemandu e-hailing sedangkan dilihat seperti orang kaya.

Menurut pemandu itu, dia kurang gemar berada di rumah tanpa berbuat apa-apa dan memilih untuk keluar bekerja meskipun sudah berusia.

“Duduk rumah susah la, sudah tua, duduk rumah tengok jam sahaja dan tidur. Tak ada keluar jalan-jalan memang tak boleh tahan.

“Kalau keluar jalan-jalan, masa pun jadi cepat sahaja,” kongsi pemandu tersebut.

Bercerita lanjut, pemandu itu berkata, dia sememangnya gemar membeli kereta mewah.

Antara koleksi yang dimilikinya adalah Audi Q3 dan BMW 5 Series.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ada pengguna lain berkongsi pengalaman mereka menaiki perkhidmatan p-hailing yang turut menyediakan kenderaan mewah buat pelanggan.

“Sama macam pengalaman saya naik Grab dapat Vellfire balik dari universiti ke rumah,” kongsi @jjhyungirl.

“Masa belajar di Pulau Pinang, memang ramai ‘uncle Grab’ bawa kereta mewah, bukan calang-calang, merasa juga aku naik beberapa kenderaan mewah. Mereka bukan nak duit sangat, tapi lebih kepada nak isi masa lapang. Duduk rumah bosan juga hari-hari,” kongsi @Syafiqx.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES