Monday, September 14, 2026
HomeBERITATuanku Muhriz Kekal Yang Di-Pertuan Besar

Tuanku Muhriz Kekal Yang Di-Pertuan Besar

KUALA PILAH – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah kekal kerana menurutnya, tiada proses sah pernah menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan tersebut.

Ketetapan itu dibuat dalam persidangan khas Dewan semalam bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan institusi Yang di-Pertuan Besar dan Undang Negeri Sembilan.

Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang berkata, Dewan turut menegaskan semula ketetapannya pada 31 Julai lalu bahawa proklamasi bertarikh 19 April adalah tidak sah di sisi Perlembagaan.

Menurutnya, tiga daripada empat individu yang menandatangani proklamasi berkenaan didakwa tidak memegang jawatan Undang menurut adat luak masing-masing ketika dokumen itu ditandatangani.

“Dewan menegaskan bahawa tiada proses yang sah pernah menyebabkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir terhenti memegang jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Baginda kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertua Dewan. Dewan tidak mengiktiraf apa-apa kekosongan dan tidak mengiktiraf mana-mana orang lain sebagai memegang jawatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Perkara X(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 menetapkan seseorang Undang hanya boleh menyeru Yang di-Pertuan Besar berundur atau melepaskan jawatan selepas suatu siasatan penuh dan lengkap dilaksanakan.

Bagaimanapun, Dewan mendakwa tiada siasatan sedemikian pernah dilaksanakan atau dibawa ke hadapannya selain Tuanku Muhriz juga tidak pernah diberikan notis atau peluang untuk didengar.

Sehubungan itu, Dewan berpandangan proklamasi bertarikh 19 April lalu adalah cacat sejak awal.

sUMBER – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lagu Sampah? Fikir Dulu Sebelum Cakap – Nabila Razali

0
PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali menyelar tindakan individu yang melabel karyanya sebagai sampah terlalu mudah menghukum hasil kerja seni orang lain. Tambah Nabila atau...

CATEGORIES