Baru-baru ini, Air Asia menjadi sensasi awam apabila pesawat mereka yang biasanya bertemakan warna merah, bertukar kepada rona hijau yang menonjol. Walau bagaimanapun, perubahan warna itu bukanlah sekadar dari segi kosmetik ataupun luaran, namun ia membawa mesej dan makna yang lebih besar. Di sebalik rekaan luar tersebut, tersirat beberapa perkara penting dan komitmen strategik syarikat bagi memastikan industri pelancongan dimeriahkan lagi menerusi platform baharunya, MOVE.
4 Jun yang lalu, MOVE, aplikasi tempahan perjalanan yang terkemuka di rantau ini terus mengukuhkan pertumbuhannya di Thailand dengan pelancaran slogan baharu iaitu ‘Travel More for Less’. Ia juga selaras dengan hiasan luar pesawat simbolik yang kini berwajah hijau di Pusat Penyelenggaraan Don Mueang (DMC).

Platform MOVE yang dijenamakan semula secari rasmi daripada AirAsia Superapp kini telah berkembang pesat sebagai OTA (Online Travel Agency). Sejak penjenamaan semula bermula tahun lalu, tempahan penerbangan bukan AirAsia meningkat sebanyak 64% dan tempahan hotel meningkat sekitar 30%.
Bukan setakat itu sahaja, MOVE turut memperkenalkan penambahbaikan pada aplikasinya termasuk paparan tempahan yang lebih mudah, log masuk dengan biometrik (passkey) serta perkhidmatan seperti Easy Cancel dan ValuePack untuk fleksibiliti yang lebih tinggi.

“Thailand sentiasa menjadi hab yang meriah untuk para pengembara, dan kami benar-benar komited terhadap pasaran ini. Itulah sebabnya kami memilih Thailand untuk melancarkan fasa seterusnya dalam perjalanan kami. MOVE bukan sekadar penukaran nama—ia adalah perubahan minda. Pengembara masa kini mahukan lebih daripada sekadar penerbangan. Mereka mahukan fleksibiliti, kesederhanaan, dan nilai. Dan itulah yang MOVE tawarkan – mengembara lebih banyak, dengan kos lebih rendah.”

Menurut Nadia Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Thailand merupakan hab paling meriah untuk pengembara sekaligus menjadi alasan kenapa mereka benar-benar komited terhadap pasaran itu.
Manfaat eksklusif yang boleh dinikmati pengguna adalah diskaun sehingga 15% untuk bagasi dan makanan, sekaligus boleh menjimatkan perbelanjaan mereka. Pengguna boleh menggunakan potongan THB230 untuk mendapatkan diskaun untuk tempahan hotel.

Lebih menarik menerusi MOVE, tiada caj pemprosesan untuk tempahan Thai Air Asia (FD) bermula 15 Mei sehingga 15 Ogos 2025 kerana MOVE adalah platform tempahan rasmi untuk penerbangan AirAsia.
MOVE juga tidak terhad setakat itu sahaja, namun ada tawaran yang lebih luas seperti lebih 700 syarikat penerbangan global dan 1 juta hotel yang tersedia di dalam aplikasi. Selain itu, ada juga perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang serta pembelian bebas cukai dengan penghantaran dalam penerbangan dan banyak lagi.

Tambah Nadia Omar, misi MOVE adalah jelas iaitu menjadikan perjalanan bukan sahaja mudah diakses dan mampu milik, malah juga menggembirakan. Dengan kemasukan ke Thailand yang semakin meriah, jenama ini bersedia menjadi platform perjalanan pilihan utama bagi pengembara berjimat di seluruh rantau.
Untuk maklumat terkini, ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lancar dan dipertingkatkan.





