Thursday, April 23, 2026
HomeBERITACapaian Internet Baik Keperluan Abad ke-21

Capaian Internet Baik Keperluan Abad ke-21

Kuala Lumpur: Capaian akses internet pantas dan baik dapat merangsang sistem pengajaran dan pembelajaran holistik terutama untuk pelajar maktab.

Internet  juga mendedahkan pelajar kepada teknologi baru seperti AI, pengaturcaraan dan reka bentuk digital.

Pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Taiping, Perak, Adlan Zaquan Shamsul Anuar, 16, berpendapat capaian internet baik membolehkan akses kepada sumber pembelajaran digital lebih holistik.

“Internet yang pantas memudahkan dengan akses platform pembelajaran seperti Google Classroom, Microsoft Teams atau Moodle.

“Perkembangan teknologi juga memudahkan carian bahan pembelajaran tambahan seperti video pembelajaran di YouTube, artikel ilmiah dan e-book membantu pelajar memahami topik dengan lebih mendalam,” ujarnya.

Capaian internet baik membolehkan akses kepada sumber pembelajaran digital lebih holistik. 

Selain itu, katanya akses internet yang baik juga dapat merangsang pembelajaran kendiri dan kolaboratif.

“Internet membolehkan pelajar belajar secara kendiri mengikut kadar dan minat masing-masing.

“Mereka juga boleh berinteraksi dengan rakan sekelas dan guru melalui forum, aplikasi komunikasi, dan kerja berkumpulan dalam talian.

“Pelajar maktab juga lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan membuat latihan secara atas talian menerusi latihan soalan, kuiz interaktif dan contoh soalan peperiksaan,” katanya lanjut.

Jelasnya, tanpa kemudahan internet pantas, proses pengajaran, penyelidikan serta pembangunan pembelajaran dan kendiri akan terjejas.

“Infrastruktur digital kukuh menyokong ekosistem pembelajaran moden yang lebih efisien dan inovatif.

“Dengan kemudahan yang mencukupi, pelajar akan lebih bersedia meningkatkan kemahiran diri dan ilmu berkualiti mampu bersaing di peringkat global,” ujarnya.

Kementerian Komunikasi, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menjalinkan kerjasama strategik bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) berlangsung di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) baru-baru ini.

Kerjasama ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara MCMC dan MARA dalam usaha meningkatkan kualiti capaian Internet di institusi pendidikan MARA seluruh negara.

Tamat..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES