Saturday, July 25, 2026
HomeSUKANRonaldo Penyandang Rekod ‘Raja Kemenangan’

Ronaldo Penyandang Rekod ‘Raja Kemenangan’

LISBON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi memecahkan Guinness World Records untuk kemenangan terbanyak dalam kejohanan bola sepak antarabangsa, lapor portal berita Tribal Football semalam.

Ronaldo mencatat rekod dunia selepas memperoleh kemenangan ke-132 semasa pasukan Portugal menentang Poland pada November 2024.

Mereka menewaskan Poland dengan keputusan 5-1.

Pencapaian Ronaldo mengatasi penyandang rekod sebelumnya, Sergio Ramos yang bermain untuk Real Madrid.

Ronaldo menerima sijil Guinness World Records menjelang perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara UEFA yang menyaksikan Portugal menentang Denmark di Stadium Jose Alvalade kelmarin.

Portugal bagaimanapun kalah 0-1 kepada Denmark selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES