Wednesday, September 23, 2026
HomeSUKANRegu Berpasukan Negara Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia

Regu Berpasukan Negara Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia

NAGOYA – Skuad sepak takraw negara mara ke separuh akhir acara regu berpasukan Sukan Asian Aichi-Nagoya 2026 sebagai juara kumpulan B, sekali gus meneruskan misi menamatkan kemarau pingat emas selama 36 tahun.

Kejayaan itu hadir selepas anak buah Ahmad Jais Baharun menewaskan India 3-0 pada aksi terakhir kumpulan di Nagoya City Mizuho Arena di sini, sebentar tadi.

Malaysia dijangka berdepan naib juara Kumpulan A yang akan ditentukan antara Indonesia atau Korea Selatan pada aksi separuh akhir, Khamis ini.

Regu pertama negara yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifudin Razali terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan trio India, Malemnganba Singh Sorokhaibam, Arun dan Akash Yumnam 15-13, 11-15, 15-6.

Regu kedua negara yang menampilkan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias pula memastikan Malaysia terus menguasai perlawanan apabila mengatasi Lokhon Sigh Elangbam, Ram Kumar Sharma dan Henary Singh Wahengbam 15-9, 15-12.

Kemenangan bergaya itu dilengkapkan regu ketiga yang dibarisi Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Hafizul Hayazi Adnan selepas menewaskan Shyam Singh Chundawat, Ashok Singh Mayengbam serta Jasvir 15-11, 15-5.

Sebelum ini, Malaysia membuka kempen dengan kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah Jepun sebelum mengulangi keputusan sama ketika menewaskan Filipina.

Malaysia memburu emas pertama acara regu berpasukan selepas kali terakhir memenanginya pada Sukan Asia Beijing 1990.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dengan Izin Allah, Saya Dan Isteri Bercerai 173 Hari Lalu’ –...

0
PETALING JAYA – Sekian lama mengunci mulut, pelakon Fikry Ibrahim mengesahkan rumah tangga yang dibina dengan Siti Khalizah Alihan berakhir selepas mereka bercerai sejak...

CATEGORIES