Tuesday, September 22, 2026
HomeHIBURANBekerja Dalam Pasukan, Jangan Jadi ‘Kera Sumbang’ – Ezzanie Jasny

Bekerja Dalam Pasukan, Jangan Jadi ‘Kera Sumbang’ – Ezzanie Jasny

EZZANIE Jasny antara ramai pelakon yang mendapat pujian menunjukkan sikap yang positif dan pandai membawa diri ketika bekerja di set penggambaran.

Perkara itu diakui ramai pelakon senior, antaranya Lisdawati  yang menyifatkan Ezzanie pelakon yang mampu pergi ‘jauh’ bukan sahaja kerana bakat, tetapi kerana kesungguhan dan sikap ramahnya menyantuni pelakon lama.

Memberikan reaksinya mengenai perkara tersebut, pelakon yang dilahirkan di Selangor itu memaklumkan sikap positif yang ditunjukkan merupakan amalan yang disertakan dengan niat yang baik.

“Kita, sebagai pelakon junior, perlu bersikap mesra dengan pelakon lain dan saling menegur dengan pelakon lain. Tidak menjadi masalah kalau kita mahu buat hal sendiri di set penggambaran, tapi sentiasa ingat bahawa kita ini bekerja dalam pasukan. Jadi jangan jadi ‘kera sumbang’. Nescaya suasana bekerja itu akan menjadi harmoni.

“Jangan sesekali mengasingkan diri, walaupun  tindakan dibuat kerana tumpuan kita untuk menjayakan karakter berkenaan. Saya pula memang akan bertegur sapa dengan semua orang, tidak pernah pun ingin mengasingkan diri. Ini akan membantu kita untuk kekal dalam dunia lakonan untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

Mengulas tentang pujian yang diberikan Lisdawati, Ezzanie memaklumkan dia bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan ramai pelakon senior yang juga bersikap positif di set penggambaran.

“Alhamdulillah, saya beruntung kerana sejak kali pertama masuk ke bidang lakonan ini, saya dipertemukan dengan pelakon senior berpengalaman.Lisdawati antara yang pernah bekerjasama dan beliau adalah antara pelakon senior yang bukan sahaja baik, tetapi juga banyak membantu pelakon baharu.

“Dia dan suaminya, Fauzi Nawawi selalu memberi nasihat, menegur dan mengingatkan saya supaya menjaga diri dan jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika bekerja.Alhamdulillah,” katanya lagi.

BUKAN PELAKON ‘KAYU’

Selain sikap yang baik, Ezzanie juga mendapat pujian daripada penonton kerana bakat lakonannya. Sehingga ke hari ini, dia tidak pernah digelarkan ‘kayu’ dalam apa juga naskhah yang dijayakannya.

“Saya masuk ke dalam industri seni ini sebenarnya secara tidak sengaja. Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pelakon. Cuma adalah menyimpan hasrat untuk bekerja di belakang tabir untuk memanfaatkan hasil tiga tahun lebih pengajian dalam bidang komunikasi.

“Tapi Alhamdulillah, Allah sudah tetapkan tempat saya dalam industri ini. Tidaklah semua sempurna, ada masanya ‘kayu’ juga lakonan saya lebih-lebih lagi fasa permulaan dahulu.

“Mungkin kerana saya ini berpeluang berlakon dengan pelakon senior, kami saling membantu dan sebab itu saya dapat memperbaiki mutu persembahan saya dari semasa ke semasa,” kongsinya.

Selain pelakon Siti Khadijah Halim, Ezzani juga menerima pujian kerana dikatakan memiliki wajah Melayu yang klasik dan cantik.

Bagi Ezzanie, kecantikan adalah perkara subjek dan yang menentukannya juga adalah pembawakan diri seseorang.

“Ciptaan Allah semuanya cantik. Tiada manusia yang dilahirkan tidak sempurna. Apabila dikatakan cantik atau berwajah klasik, saya pun tak tahu dimana letaknya kecantikan itu, kerana bagi saya wajah saya ini biasa sahaja.

“Terima kasih kepada yang memuji. Tapi bagi saya tiada yang luar biasanya dengan wajah saya ini. Mungkin kerana penampilan dan pembawakan diri saya yang orang pandang,” ujarnya.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sakit Lutut, Berat Badan Saya Pernah Cecah 84Kg’

0
PETALING JAYA – Enggan sejarah lama berulang, penyanyi Shila Amzah pernah berdepan tekanan selepas berat badannya meningkat sehingga pernah mencecah 84 kilogram (kg). Menurut Shila...

CATEGORIES