Tuesday, September 22, 2026
HomeSUKANReal Madrid Tawar Wang Tunai, Pemain Bintang Demi Konate

Real Madrid Tawar Wang Tunai, Pemain Bintang Demi Konate

MADRID – Gergasi La Liga, Real Madrid mempunyai ‘helah’ baharu untuk menandatangani pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate dengan menawarkan wang tunai €10 juta (RM49.4 juta) dan pemain tengah, Brahim Diaz secara percuma.

Real sememangnya cukup berminat dengan Konate dan bersedia untuk menggunakan taktik sama seperti mendapatkan bekas pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold baru-baru ini.

Strateginya adalah membiarkan Konate tamat kontrak dengan Liverpool sebelum menandatanganinya secara percuma tahun depan, sama seperti yang dilakukan terhadap Alexander-Arnold.

Namun, barisan kejurulatihan Real yang diketuai oleh Xabi Alonso mengakui tidak mampu untuk menunggu sehingga tahun depan kerana risau beberapa tonggak pertahanan utama ketika ini masih disisihkan ekoran kecederaan.

Justeru, pengurusan The Galacticos menganggap tawaran tunai selain pemberian Diaz secara percuma mampu membuka hati pengendali Liverpool, Arne Slot untuk melepaskan Konate lebih awal.

Real percaya Liverpool memerlukan seorang pemain kreatif seperti Diaz untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Diogo Jota yang meninggal dunia secara mengejut bulan lalu. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES