Saturday, September 5, 2026
HomeSUKANKehadiran Gyokeres Bakal Buat Arsenal Lebih Digeruni

Kehadiran Gyokeres Bakal Buat Arsenal Lebih Digeruni

HONG KONG – Kempen 2025/26 dianggap musim terbaik buat Arsenal untuk kembali menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kali terakhir melakukannya 24 tahun lalu pada saingan 2023/04.

Kehadiran beberapa muka baharu ke dalam skuad itu menjelang saingan musim baharu dilihat sebagai tonik terbaik mampu membantu The Gunners kembali merampas takhta kejuaraan.

Pemain pertahanan, William Saliba menyifatkan kehadiran penyerang Sweden, Viktor Gyokeres ke pentas EPL akan menghadirkan rasa ‘gerun’ kepada barisan pertahanan pasukan lawan.

“Kita semua tahu betapa bagusnya dia (Gyokeres) dan saya akui sangat menakutkan jika menjadi lawannya. Sudah tentu saya sangat gembira untuk menyambut kehadirannya kerana dia akan membantu kami memenangi trofi.

“Bagi saya, dia menakutkan kerana apabila anda berdepan seorang penyerang yang tahu bagaimana menjaringkan gol, anda perlu memberikan lebih fokus. Bagaimanapun, saya tidak bimbang kerana dia bersama kami,” katanya.

Kemampuan bekas pemain Sporting Lisbon itu tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dia berjaya menjaringkan 97 gol dalam 102 perlawanan sehingga memahat namanya sebagai penyerang prolifik Eropah.

Selain Gyokeres, kehadiran lima lagi muka baharu seperti Kepa Arrizabalaga, Noni Madueke, Martin Zubimendi, Christian Norgaard dan Christian Mosquera sememangnya menguatkan Arsenal yang sebelum ini bergelar naib juara EPL tiga musim berturut-turut.

“Persaingan setiap tahun sentiasa berbeza tetapi sasaran kami tetap sama iaitu untuk menjadi juara EPL Saya harap kehadiran pemain-pemain baharu boleh merealisasikan impian kami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Gyokeres akan diberikan kepercayaan menggantikan peranan Bukayo Saka sebagai pengambil pertama sepakan penalti pasukan selepas ini.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Dua Dekad Dalam Industri, Faizal Tahir Tak Pernah Kejar Gelaran Datuk

0
KUALA LUMPUR - Selepas dua dekad dalam industri seni, penyanyi Faizal Tahir menegaskan dirinya tidak pernah mengejar sebarang gelaran atau pangkat, termasuk anugerah Datuk,...

CATEGORIES