Saturday, July 25, 2026
HomeSUKANHarry Kane Kemudi Bayern Cuba Huru-Harakan Arsenal

Harry Kane Kemudi Bayern Cuba Huru-Harakan Arsenal

MUNICH: Penyerang Bayern Munich, Harry Kane kembali ke utara London awal pagi Khamis ini untuk bertemu bekas musuh Arsenal, dalam prestasi terbaik sepanjang karier selepas diturunkan lebih ke tengah padang.

Sentiasa menjadi pencetak gol konsisten, kapten England itu kini menjadi pemain lebih lengkap di Bayern, memikul tanggungjawab kreatif selain membantu ketika bertahan.

Prestasi pemain berusia 32 tahun itu antara sebab utama permulaan cemerlang Bayern musim ini.

Juara Jerman itu menang 17 kali dan seri sekali daripada 18 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, dengan Kane diturunkan dalam setiap perlawanan.

Kane, yang sudah menjaringkan 15 gol dalam 21 pertemuan menentang Arsenal, mungkin menjadi kunci untuk menembusi pertahanan ketat Gunners.

Skuad Mikel Arteta adalah satu-satunya pasukan yang belum bolos dalam Liga Juara-Juara musim ini. Dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal hanya dibolosi enam gol – rekod terbaik dalam lima liga utama Eropah.

Kane sekali lagi mencatat angka mengagumkan musim ini, 24 gol dalam 18 penampilan Bayern dan lima daripada lima untuk England.

Namun jumlah gol semata-mata tidak menceritakan keseluruhan musim Kane.

Sentiasa sedia turun lebih ke dalam, Kane kerap digunakan sebagai pemain tengah kreatif oleh pengurus Bayern, Vincent Kompany, beraksi di belakang Nicolas Jackson atau Serge Gnabry untuk mengatur serangan dan mengawal permainan.

Sama ada secara taktikal atau kerana kekangan – Jamal Musiala cedera buku lali sejak Piala Dunia Kelab – peralihan itu bukan sahaja membangkitkan permainan Kane, malah pemain England itu turut menikmati peranan baharunya.

“Saya tahu saya bukan sekadar pencetak gol,” kata Kane selepas menang 6-2 ke atas Freiburg hujung minggu lalu.

“Saya boleh beri impak kepada pasukan melalui hantaran, situasi satu-lawan-satu dan mengurangkan tekanan kepada pasukan.

“Ini kali pertama saya benar-benar menikmati bola sepak kerana lebih banyak terbabit. Saya suka cara kami bermain. Gaya agresif dan tanpa rasa takut.

“Saya suka terjahan, membantu pasukan dan menangkis percubaan lawan. Itu semua sebahagian daripada permainan saya.

“Sudah tentu, saya akan dinilai berdasarkan gol, tetapi musim ini orang akan hargai perkara lain yang saya lakukan juga.”

Kane dijangka memikul lebih banyak beban menjaringkan gol dengan ketiadaan Luis Diaz, yang dikenakan penggantungan tiga perlawanan Liga Juara-Juara selepas kad merah ketika menang 2-1 ke atas Paris Saint-Germain.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES