Friday, April 24, 2026
HomeSUKANHanya Ronaldo Layak Terima Gaji Besar, Pemain Tempatan Sekadar 'Pelakon Tambahan' -...

Hanya Ronaldo Layak Terima Gaji Besar, Pemain Tempatan Sekadar ‘Pelakon Tambahan’ – Putera Abdullah

RIYADH: Bekas Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdullah bin Mosaad berkata Cristiano Ronaldo yang menyertai Al Nassr pada Disember 2022, hanya satu-satunya pemain import dalam Liga Pro Saudi yang layak menerima gaji jutaan dolar.

Putera Abdullah, yang memegang jawatan itu dari 2014 hingga 2017 sebelum kemasukan besar-besaran pemain asing mengubah landskap liga, turut memberi amaran bahawa situasi itu semakin menenggelamkan bakat tempatan dan mengancam masa depan skuad kebangsaan.

Dalam temu bual bersama program Fi Al Marama di saluran Al Arabiya, beliau menyeru pembaharuan segera bagi melindungi pemain tempatan dan memastikan daya saing menjelang Piala Dunia 2034 yang bakal dianjurkan negara itu.

“Ronaldo satu-satunya pemain asing yang berbaloi dengan apa yang dia terima kerana pendedahan global yang dia bawa kepada liga dan negara,” katanya mengenai bintang Portugal itu, yang dianggarkan meraih gaji tahunan mencecah AS$211 juta (RM871 juta) kira-kira AS$4 juta (RM16.53 juta) seminggu.

Putera Abdullah berkata, pemain tempatan kini menjadi ‘pelakon tambahan’ sejak jumlah pemain import pada hari perlawanan ditingkatkan kepada lapan, sambil menggesa ia dikurangkan kepada tujuh dan lebih banyak pelaburan diberikan kepada pembangunan akar umbi.

“Buat masa ini, usaha membina liga yang kuat datang dengan mengorbankan skuad kebangsaan,” katanya.

“Kita perlukan pelan jelas bagi persiapan menuju 2034.”

Beliau turut menggesa pengambilan jurulatih elit untuk kategori belia dan memberi amaran bahawa tanpa perubahan struktur, pemain tempatan akan terus tercicir.

Putera Abdullah yang sebelum ini melantik bekas pengadil England, Howard Webb, sebagai pengarah pengadil FA Saudi susulan kebimbangannya terhadap standard pengadilan, turut mencadangkan perlawanan besar dijadualkan pada hari Khamis bagi membolehkan pengadil Eropah terbaik ditugaskan.

Sumber – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Datuk Red Pula Nafi Tuntut RM100,000 Daripada Adira

0
RAWANG – Usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red menafikan dakwaan bekas isteri, Adira Suhaimi mengenai mengemukakan syarat meminta wang berjumlah RM100,000 sekiranya...

CATEGORIES