Tuesday, July 14, 2026
HomeSUKANEPL: VAR Bukan Punca Arsenal Hanya Seri

EPL: VAR Bukan Punca Arsenal Hanya Seri

LONDON – Prestasi yang dijelmakan Fulham memberikan sebab utama kepada pengurus Arsenal, Mikel Arteta untuk menerima keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage kelmarin.

Bagaimanapun, Arteta menjelaskan beliau timbul perasaan ralat kerana tidak mampu memastikan tiga mata kerana merasakan pasukannya lebih berhak untuk memenangi aksi tersebut.

“Agak kesal kerana kami tidak mampu meraih kemenangan kerana kami sebenarnya lebih berhak untuk dapatkan tiga mata. Tetapi inilah kualiti yang ada pada pasukan lawan.

“Jadi kami tidak boleh menangis untuk meratapi keputusan kali ini. Kami mencipta peluang walaupun agak sukar untuk kami menyerang,” katanya.

Pada perlawanan itu, pertahanan The Gunners, William Saliba muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan selepas Fulham terlebih dahulu berada di depan menerusi ledakan Raul Jimenez.

Arsenal sepatutnya berpeluang membawa tiga mata menerusi jaringan Bukayo Saka di penghujung perlawanan tetapi Video Bantuan Pengadil (VAR) membatalkan gol tersebut selepas mendapati Gabriel Martinelli berada dalam kedudukan ofsaid.

Sepanjang perlawanan, Arsenal menguasai 70 peratus permainan dan Arteta menjelaskan anak-anak buahnya sudah melakukan segala-galanya untuk menang.

“Kami terlalu hampir untuk mengesahkan kemenangan di mana kami sudah melakukan apa saja bagi memastikan kejayaan tetapi ia tidak berlaku,” jelas Arteta.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Berpada-Pada Cuba Makanan Viral, Jaga Kesihatan’ – Anzalna Nasir

0
PETALING JAYA – Teruja menikmati ‘makanan viral’, pelakon Anzalna Nasir mengingatkan orang ramai agar usah terlalu ghairah mengejar trend sehingga mengabaikan aspek kesihatan. Anzalna atau...

CATEGORIES