Thursday, May 28, 2026
HomeSUKANDe Gea Kembali Beraksi Di Fiorentina

De Gea Kembali Beraksi Di Fiorentina

LORENCE – Setelah lama menyepi, bekas bintang Manchester United, David De Gea akhirnya membuat keputusan untuk kembali beraksi secara kompetitif apabila menyertai kelab Itali, Fiorentina secara percuma.

Penjaga gol berpengalaman berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak semusim dengan Fiorentina beserta pilihan melanjutkan perjanjian itu kepada setahun lagi selepas itu.

De Gea sebelum ini berdepan kesukaran untuk mendapatkan pasukan baharu disebabkan permintaan gajinya yang begitu tinggi, dianggarkan berjumlah £375,000 seminggu (RM2.11 juta seminggu) di Old Trafford.

Sebelum ini, namanya sering dikaitkan dengan beberapa kelab utama Eropah serta berpotensi berhijraj ke Arab Saudi, namun tidak menjadi kenyataan.

Disebabkan itu, bekas penjaga gol Sepanyol tersebut dikatakan terpaksa mengambil potongan gaji untuk menyertai Fiorentina dalam saingan Serie A sejak meninggalkan United selepas kontraknya tamat penghujung musim 2022/2023.

Biarpun hanya setahun tetapi Fiorentina dilihat sebagai destinasi ideal buat De Gea kembali mempamerkan kemampuannya yang pernah memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali pada 2017/2018 dan 2022/2023.

Malah, ramai berpendapat bahawa De Gea mampu mengekalkan rekod tanpa bolos lebih banyak daripada penjaga gol No. 1 United ketika ini, Andre Onana yang sebelum ini dibeli untuk menggantikan tempatnya.

Sebagai rekod, De Gea telah bermain 12 musim bersama United dengan membuat 545 penampilan keseluruhan dalam semua kejohanan sejak berhijrah daripada Atletico Madrid pada 29 Jun 2010. – AGENSI

Sumber : Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES