Monday, June 8, 2026
HomeSUKANCity Bakal Beraksi Tanpa De Bruyne Menentang Arsenal

City Bakal Beraksi Tanpa De Bruyne Menentang Arsenal

MANCHESTER – Bintang tengah Manchester City, Kevin De Bruyne berkemungkinan terlepas beberapa perlawanan seterusnya disebabkan kecederaan ketika seri tanpa jaringan menentang Inter Milan pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Ia meletakkan The Citizens dalam keadaan sukar untuk menghadapi pertembungan getir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal pada Ahad ini dan pengurusnya, Pep Guardiola juga merasakan bintang Belgium itu tidak akan bersama pasukan pada perlawanan selepas ini.

“Kami akan memperoleh maklumat lebih tepat selepas kami lakukan pemeriksaan terhadapnya. Doktor pasukan mengatakan dia (De Bruyne) tidak boleh bermain,” katanya.

Sepanjang aksi kali ini, kedua-dua pasukan dihimpit masalah penyudah selepas dihidangkan beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan.

Mengulas mengenai prestasi pasukannya pada aksi pembukaan UCL musim ini, Guardiola bertegas beliau masih boleh berasa gembira dengan persembahan para pemain.

Dalam masa sama, pengurus dari Sepanyol itu enggan menekan butang panik dan merasakan ia sebagai permulaan yang agak positif memandangkan lawan mereka adalah pasukan berkualiti.

“Ini hanyalah permulaan musim. Dengan masa yang kami ada, persembahan pasukan pastinya akan bertambah baik.

“Inter adalah pasukan yang mampu bertahan dengan baik dan itulah kepakaran mereka,” jelas Guardiola. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Viviana, Ani Maiyuni Tersingkir Di Minggu Suku Akhir TTMM2

0
SHAH ALAM – Konsert minggu kelapan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan Viviana dan Ani Maiyuni gagal melangkah ke peringkat separuh akhir...

CATEGORIES