Thursday, June 25, 2026
HomePERNIAGAANSapura Fabrication Dapat Kontrak Daripada Petronas Carigali

Sapura Fabrication Dapat Kontrak Daripada Petronas Carigali

PETALING JAYA – Sapura Energy melalui anak syarikatnya, Sapura  Fabrication Sdn. Bhd. (Sapura Fabrication) telah dianugerahkan kontrak untuk penyelenggaraan, pembinaan, pengubahsuaian, penyambungan dan pentauliahan perkhidmatan bagi pakej C2 (aset Sarawak) oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali)

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sapura Energy di sini semalam, kontrak tersebut telah dianugerahkan pada suku ketiga tahun ini untuk tempoh lima tahun berasaskan kepada panggilan dan keluar dan juga kadar yang dipersetujui.

“Skop kerja tersebut meliputi tenaga kerja, alat dan peralatan, material dan juga bahan habis pakai serta perkhidmatan lain yang berkaitan untuk semua kerja yang berkaitan dengan kerja penyambungan dan pentauliahan Brownfield dan Greenfield.

“Ia juga termasuk perkhidmatan pengurusan projek, penyeliaan dan  kakitangan pembinaan, pra fabrikasi darat dan pemasangan, pengurusan kejuruteraan, perolehan, fabrikasi seberang laut dan juga pentauliahan serta peruntukan untuk perkhidmatan kepada pihak ketiga,” jelasnya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isteri Sangat Kritikal, Saya Kena Terima Kehilangan Dia – Muss

0
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Barbarik, Muss, berdepan detik sukar apabila isterinya, Suraya Bahari, 53, kini berada dalam keadaan kritikal susulan komplikasi penyakit kencing...

CATEGORIES