Tuesday, August 11, 2026
HomePERNIAGAANProton eMAS EV Paling Laris Di Malaysia

Proton eMAS EV Paling Laris Di Malaysia

PETALING JAYA – Proton e.MAS  kini menjadi kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia dengan penguasaan 25 peratus daripada bahagian pasaran.

Kenderan yang telah dilancarkan pada 16 Disember lalu telah mendapat sambutan baik daripada bakal pembeli EV.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang berkata, dengan tempahan semasa yang telah melebihi 4,000 unit, sebanyak 3,000 unit tambahan kini ditawarkan dengan pakej manfaat pelancaran.

Menurut beliau, penghantaran kepada pelanggan kini telah bermula, berikutan ketibaan kereta-kereta tersebut pada awal tahun ini.

“Dalam bulan pertama operasinya, sebanyak 421 unit SUV EV segmen-C telah berjaya diserahkan kepada pelanggan.

“Pencapaian ini meletakkan model tersebut sebagai EV paling laris di Malaysia dengan penguasaan 25 peratus pasaran EV keseluruhan bagi bulan Januari,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Qiang menerangkan, melalui 30 cawangan Proton e.MAS yang kini beroperasi, unit-unit e.MAS 7 telah diserahkan kepada pemilik.

Menurut beliau, lebih 80 peratus daripada tempahan yang diterima adalah bagi model premium dan dijangkakan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang seiring dengan ketibaan lebih banyak unit dan pembukaan cawangan-cawangan baharu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Benda Disangka Hancurkan Itulah Dekatkan Kita Pada Allah’ – Yassin Yahya

0
PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan...

CATEGORIES